MEI 2024

Premier Lancar Monumen Kilometer Sifar (Km0) Kuching


KUCHING, 9 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan simbolik pelancaran Monumen Kilometer Sifar (KM0) Kuching bertmepat di BCCK malam tadi. 

Pelancaran itu sempena Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-50 Institusi Juruukur Diraja Malaysia(RISM) Cawangan Sarawak.

Monumen yang berketinggian dua meter dan tiga meter lebar itu bakal menjadi mercu tanda baharu di bandar raya ini.

Projek dilaksanakan oleh RISM Sarawak dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di tiga lokasi dicadangkan.

Dalam ucapan beliau , Abang Johari  menyarankan agar juruukur di Sarawak melaksanakan tugasan melebihi tugasan tinjauan konvensional.

Ia sebagai usaha menyokong inisiatif Kerajaan Sarawak yang beralih ke arah tumpuan ekonomi baharu yang lebih hijau.

Mengenai monumen terbabit, RISM Sarawak memaklumkan, ia mewakili titik dari jarak diukur, berfungsi sebagai rujukan untuk pelbagai lokasi, sama ada di bandar atau di seluruh negara.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr, Sim Kui Hian dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.